my name is Nor Amiza Binti Anizan.. can call me mieza.
I was born on 16th of May 1992.
i'm graduated from UiTM Melaka in Public Administration. Currently working as Customer Service Eecutive in AS Online Sdn Bhd
Ya Allah.aq brmhn kpadamu, pertmukn la aq dengan jdh yg mmpu menyayangiku spnuh htiny, mmpu mnjge aq seikhlas htiny n mmpu mmbimbng ku ke arah jln mu Ya Allah..
my beloved family..
love yea :)
here we are
we're friends yaaa...
Friday, July 22, 2011
(';')
status
"Single is not a status. It is a word that best describes a person who is strong enough to live and enjoy life without depending on others."
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan. Senyum juga perlu dimasukkan roh ik...hlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri. Senyum biarlah pada tempatnya.Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan. Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah. Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik. Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah. Senyuman melahirkan kegembiraan dan kebahagiaan serta mendekati Allah, bersamanya rahmat dan nikmat yang tidak dapat dijual-beli... Senyum itu sedekah. Sedekah dapat pahala. Maka senyum pun dapat pahala. Betui tak? Saya pun kalau boleh nak senyum kepada semua orang. Penerima senyuman harus berfikiran terbuka. Penerima senyuman juga harus faham bahawa senyuman yang diterima itu adalah sedekah daripada pemberi senyuman! Jangan pula dianggap orang yang memberi senyuman itu menyindir atau sewel atau nak mengurat..hehe. Ukirlah senyuman yang paling manis.....kerana selain sedekah.... senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....ia tidak menyakitkan .....tetapi menjadi penawar hati yang sakit. Sekian. Wassalam